ENG     BM     中文
                   

       

   
   

Jus HODIA™ diperbuat daripada tumbuhan Hoodia Gordonii organik liar, dengan campuran jus Yumberi.

     
   

Hoodia gornonii, sejenis tumbuhan yang kelihatan seakan-akan pokok kaktus, sebenarnya merupakan sejenis tumbuhan ‘sukulen’ yang terdapat di kawasan padang pasir Kalahari, Afrika Selatan. Kaum San yang tinggal di Kalahari – golongan pemburu-pengumpul makanan, dengan budaya setua 27,000 tahun yang mengamalkan penggunaan tumbuhan tempatan bagi tujuan perubatan – telah menggunakan tumbuhan hoodia ini sejak berkurun lamanya untuk mengurangkan kesakitan, kelaparan, dan kehausan ketika mereka dalam perjalanan merentas padang pasir.

Walaupun terdapat pelbagai spesis hoodia, jenis Gordonii adalah satu-satunya spesis yang mengandungi penahan selera semulajadi tersebut. Spesis hoodia ini mengandungi molekul yang menimbulkan kesan ke atas sel saraf sama seperti kesan glukos, lalu memperdaya otak untuk membuat badan terasa kenyang. Hasil ujikaji ke atas manusia di Britain memberi petunjuk bahawa hoodia berupaya mengurangkan selera makan sehingga beberapa ratus kalori sehari.

   

 

MADE IN USA

     
   

Terdapat pengguna yang mengakui hoodia menghasilkan kesan yang sungguh cepat, mengurangkan selera makan dalam tempoh 20 hingga 30 minit selepas meminum Jus Hoodia. Bagaimanpun, secara am, pengguna lazimnya perlu mengamalkan minuman jus hoodia selama lebih kurang dua minggu sebelum mereka dapat melihat keberkesanan dan manafaat jus ini, termasuk:

         
   
  • Minat terhadap makanan semakin berkurangan
  • Rasa kenyang lebih lama setelah makan
  • Lebih cepat merasa kenyang ketika makan
  • Rata-rata terasa sihat badan
         
     

 

     
   

Yumberi – sejenis beri unik yang ditanam di kawasan subtropika tenggara China. Buah Yumberi yang berbentuk bulat dan berwarna terang ini mempunyai isi berjus dengan kadar gula-asid yang seimbang yang mengandungi nilai nutrisi yang tinggi. Yumberi sebenarnya adalah nama komersial yang mula digunakan beberapa tahun lalu bagi buah pokok Myrica Rubra yang telah ditanam dan digunakan di Asia sejak beribu tahun yang lalu.

Nama Yumberi dikatakan berasal dari nama tradisional buah ini, iaitu “Yang Mei”, yang sebutannya hampir sama bunyinya dengan perkataan “yummy”. Yang Mei sebenarnya bukan sejenis beri, sebaliknya merupakan sejenis buah ‘drup’ (seperti buah ceri) iaitu buah yang mempunyai isi berjus serta biji keras yang mengandungi benih di dalamnya. Buah mirip laici yang lazimnya berwarna merah atau unggu ini bukan sahaja kaya dengan asid elagik, vitamin dan mineral, malah ia juga terkenal dengan kandungan unsur antioksidannya yang tinggi yang berupaya memerangi unsur radikal yang menyebabkan kanser, meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan tekanan darah serta kadar LDL kolesterol berbahaya. Jenis Yumberi yang paling enak dan bermutu tinggi adalah buah yang berwarna unggu.  

       

Apakah Manafaat Kesihatan Utama HODIA™?

   
  • Segala Kandungan Bahan Semulajadi
  • Antipenuaan!
  • Menahan Selera Makan
  • Mudah Diserap Badan
  • Meningkatkan Tahap Tenaga!
  • Mengawal Rasa Lapar
  • Produk yang mempunyai nilai ORAC yang tinggi!
  • Sumber Semulajadi Asid Elagik dan Serat
  • Memperbaiki Metabolisme Badan  
  • Memperkuatkan Sistem Imun Badan!
  • Amat baik sebagai bahan Tambahan Pemakanan (diertary supplement)

  • Mengurangkan Kemusnahan Sel Akibat Unsur Radikal Bebas (free radicals)

  • Senang Ditelan Berbanding Pil atau Serbuk
       
   
 

Hakcipta © 2009. Immunolive International. Hakcipta Terpelihara.
Polisi Privasi. Terma Penggunaan.