Garam Buluh
3 Kali Bakar (Serbuk)

   
 Garam Buluh
 

  Garam Buluh berasal dari Korea, ia diperakui oleh banyak negara sebagai makanan dan bahan terapi yang amat menakjubkan. Penduduk Korea mula menggunakan garam buluh semenjak 1300 tahun lagi, garam buluh bukan sahaja digunakan sebagai perasa dalam masakan malah sifat kealkaliannya yang amat tinggi (PH 9-12) dengan mengandungi 70 hingga 80 jenis zat galian, elemen mikro dan mampu memancarkan sinar merah jarak jauh / Far Infrared Rays (FIR) yang boleh melawan pelbagai jenis penyakit. Rahsia dan cara pemprosesan garam buluh yang rumit ini mula dikenali orang ramai dan dipasarkan secara besar-besaran secara komersil pada tahun 1988, sejak itu penggunaan garam buluh berleluasa  seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara lain lagi.

     
 

   
 

Cara pemprosesan

             
 

  Rahsia pemprosesan garam buluh adalah,  garam laut semulajadi yang di ambil dari pantai barat semenanjung Korea yang dijemur di bawah matahari dikeringkan, kemudian dimasukan ke dalam buluh yang berusia 3 tahun ke atas (ukuran diameter 7cm) yang terdapat di selatan pergunungan Korea dan ditutup dengan tanah liat kuning yang bebas dari pencemaran dari lembah pendalaman Korea yang diperolehi di bawah tanah sedalam 20 meter, kemudian dimasukan ke dalam relau bagas dan dibakar dengan kayu pokok pain. Proses pembakaran garam buluh menggunakan suhu 1000C-1500C selama 8 jam bertujuan untuk menghapuskan logam berat, toksin dan kotoran yang ada dalam garam laut semulajadi,di samping itu juga suhu yang tinggi akan menyebabkan garam buluh mampu memancarkan sinar merah jarak jauh / Far Infarred Rays (FIR), pada masa yang sama garam tersebut akan menerima mineral dari tanah liat kuning, resin pain atau minyak pain dari kayu pokok pain akan meningkatkan suhu pembakaran sehingga 1500C, manakala buluh yang berusia 3 tahun ke atas pula mengandungi lebih dari 200 jenis elemen mikro yang diperlukan oleh tubuh manusia dicampur ke dalam garam untuk menambahkan kandungan zat galian yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan lain-lain lagi, selepas proses pembakaran, garam buluh akan dibiarkan sejuk, beku, kemudian dikisar halus, masuk semula ke dalam buluh, tutup dengan tanah liat kuning kemudian bakar semula, 1 kali, 3 kali, 6 kali dan maksima 9 kali, akhir sekali garam buluh akan dibakar dengan suhu paling tinggi iaitu 1500C untuk menghasilkan garam buluh tulen yang beralkali tinggi, rasa seperti kuning telur dan kaya dengan mineral organik.

 

 


Garam Buluh
9 Kali Bakar (Butiran)

 

MADE IN KOREA

 
 

Kebaikan dan fungsi

             
 

  Garam Buluh terbukti berkesan oleh pakar-pakar dan doktor kesihatan kerana ia kaya dengan zat galian, bersifat alkali yang tinggi dan mampu memancarkan sinar merah jarak jauh / Far Infarred Rays (FIR) yang dapat melancarkan sistem pengedaran darah, mengawal aturan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Nilai pH yang tinggi juga akan mengekalkan keseimbangan pH badan, garam buluh mempunyai tahap antioksidan yang tinggi akan melambatkan proses penuaan, nyanyuk, mencegah penyakit kronik dan lain-lain masalah kesihatan, menyingkirkan radikal bebas dalam badan dan memperbaiki sel-sel dalam badan, meneutralkan toksin berasid tinggi dengan cepat, menyahtoksi, menghilangkan bengkak, keradangan, memperbaiki masalah sistem penghadaman, melegakan masalah alahan, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit. Ia juga boleh menghindarkan masalah badan berbau.

  Untuk kegunaan luaran pula, garam buluh boleh digunakan untuk mencuci rambut, rendamkan kaki ke dalam air yang dicampur dengan garam buluh dapat membunuh kuman, menghilangkan bau kaki. Jika menggunakan garam buluh sebagai terapi sebelum dan selepas mandi, ia dapat mengurangkan rasa letih, lenguh badan, melangsingkan badan serta mencantikkan kulit.

 
       
   

Hakcipta 2012. Immunolive International. Hakcipta Terpelihara.
Polisi Privasi. Terma Penggunaan.