ENG     BM     中文
                         
           

       
     

CF1-8 Power Fuel Addictive

             

                   
     

     

                         
 

Aditif Minyak CF1-8 merupakan produk teknologi canggih yang penuh enovasi. Ia diproses dengan menggunakan minyak kelapa sawit dan sesuai untuk semua jenis enjin.

Jika Aditif Minyak CF1-8 digunakan dalam jangka masa yang berpanjangan, ia mampu menjimat penggunaan petrol dan kos penyelenggaraan untuk kenderaan anda.

Aditif Minyak CF1-8 diperbuat daripada minyak isirong Kepala Sawit yang penuh dengan asid lemak. Asid lemak ini boleh menggantikan plumbum dalam petrol sebagai bahan pelincir yang selamat dan sesuai digunakan untuk semua jenis enjin. Apabila dicampurkan dengan minyak petrol, ia akan melincirkan kebuk pembakaran dan mengurangkan geseran di dalam enjin serta melindungi enjin. Apabila Aditif Minyak CF1-8 bercampur dengan minyak petrol, pembakaran bahan api akan menjadi lebih lengkap serta mengurangkan penghasilan bahan seperti asap buangan yang boleh mencemarkan alam sekitar.

 
  Sturktur Molukul Minyak Pembakaran  
 

Sebelum menambah CF1-8 Power Fuel Additive
Dalam bahan bakar terdapat banyak molekul besar yang tidak terbakar dengan lengkap dan disalur keluar sebagai asap buangan. Oleh yang demikian, ia akan menjejaskan prestasi dan kuasa enjin. Selain Itu, perbelanjaan bahan bakar akan bertambah.

   
 

Selepas menambah CF1-8 Power Fuel Additive
Selepas molekul yang besar diceraikan menjadi molekul-molekul kecil, bahan bakar akan menjadi mudah dibakarkan.
Disamping itu, kadar pembakaran akan meningkat dan secara tidak langsung prestasi dan kuasa enjin juga meningkat. Perbelanjaan bahan bakar dapat dikurangkan.

   
 

Keunikan CF1-8 Power Fuel Addictive:

    1. Diproses dengan mengguna minyak kelapa sawit.
    2. Selain merupakan pelincir untuk selinder atas (Pengganti plumbum dalam Petrol), juga merupakan pemangin bahan bakar.
    3. Ia adalah sesuai untuk semua jenis enjin, seperti enjin karburetor,"fuel injection" dan diesel. Ia merupakan produk 3 dalam 1.
    4. Ia tidak mendatangkan kesan buruk terhadap manusia dan alam sekitar.
    5. Semakin banyak kuantiti digunakan, semakin sempurna prestasi enjin, tidak merosakkan spark plug atau mengganggu operasi enjn.
    6. Ia amat sesuai untuk kereta lumba.
    7. Berkualiti tinggi. Walaupun disimpan dalam jangka panjang,ia tidak akan berbentuk mendapan.
    8. Mudah dibawa.
    9. Harga yang berpatutan.
 
Kebaikan CF1-8 Power Fuel Additive
 

 

 
Mengapakan Engin Anda Memerlukan CF1-8 Power Fuel Additive
 
Senarai dibawah menunjukkan perbandingan antara mengunakan CF1-8 Power Fuel Additive dengan tanpa menggunakan CF1-8 Power Fuel Additive?

Enjin TIDAK menggunakan CF1-8 Power Fuel Additive

Enjin menggunakan CF1-8 Power Fuel Additive

  Kuasa & prestasi enjin tidak dapat dipertingkat

  Kuasa dan prestasi enjin dapat dipertingkat

  Kadar pembakaran tidak diperbaiki.

  Kadar pembakaran diperbaiki.

  Karbon semakin banyak dihasilkan.

  Karbon dikurangkan.

  Geseran dalam enjin meningkat.

  Geseran dalam enjin dapat dikurangkan.

  Kadang-kala enjin susah dihidupkan.

  Enjin lebih senang dihidupkan

  Kenderaan enjin bising.

  Kenderaan enjin beroperasi dengan lebih senyap.

  Kos penyelenggaraan tinggi.

  Kos penyelenggaraan dapat dikurangkan.

  Tidak mesra kepada alam sekitar.

  Mesra kepada alam sekitar

 

Jaminan Qualiti Produk CF1-8
Industrial Standard Quality Control Report

 


 
Nilai kualiti yang tinggi produk CF1 diiktirafkan sebagai barangan berkualiti setaraf dunia antarabangsa oleh oganasi-organasi dan badan-badan antarabangsa seperti:SIRIM QAS International Berhad, NOVO Technology Services Pte. Ltd.

 

 

Gambar rajah di sebelah kiri ialah lampiran Sijil yang di keluarkan oleh SIRIM QAS International Berhad selepas menguji prestasi additif CF1-8 Power Fuel Additive pada 7hb Feb 2005
 

Gambar rajah disebelah kiri ialah sijil keluaran NOVO Technology Services Pte. Ltd. Sijil ini dengan jelasnya menyatakan bahawa minyak additif CF1-8 Power Fuel Additive boleh membantu menambahkan perjalan kilometer anda sebanyak 20 peratus.

Tarikh pengujian 29hb Aug 2005.


 

 
   

 

 

CF1-8 Power Fuel Additive Material Safety Datasheet

 
 


Kebaikan dan faedah penggunaan CF1-8 Power Fuel Additive

 
 

 Kebaikan

Faedahnya

Meningkatkan Prestasi Enjin

Tenaga yang dihasilkan menyebabkan pergerakan mekanikal enjin berubah menjadi lebih berkuasa dan meningkatkan prestasi enjin dengan amat berkesan.

Memastikan Sistem Bahan Api Berfungsi Lebih Lancar

prestasi pembakaran bahan api di dalam kebuk pembakaran enjin tersebut diperbaiki ke tahap yang paling optimum.

Mengurangkan Bunyi Bising dan Meningkatkan Serapan Gegaran

Apabila mendakan karbon telah dibersihkan, injap ekzos enjin, palam pencucuh, muncung nozel serta omboh (piston) akan kembali ke nisbah pemampatan dan nisbah udara-bahan apinya yang asal. Secara langsung, gegaran enjin akan berkurangan dan bunyi bising juga akan turut berkurangan.

Mengurangkan Penggunaan Bahan Api

Dengan pembakaran yang lebih sempurna, jumlah penggunaan bahan api juga akan berkurangan. Kajian penggunaan yang dijalankan ke atas 25,000 buah kenderaan trak yang menggunakan Bahan Tambah CF1-8 membuktikan bahawa kecekapan pembakaran bahan api biasa meningkat setinggi 15%.

Mengurangkan Pencemaran Gas Ekzos

Bahan Tambah CF1-8 berupaya menghasilkan pembakaran bahan api secara lebih bersih, dan mengurangkan penghasilan bahan yang mencemar alam sekitar.

Penjimatan Besar Kos Penyenggaraan

CF1-8 tidak mempunyai sebarang kandungan kimia, penggunaannya secara berterusan akan membantu melancarkan perjalanan enjin, dan melanjutkan usia enjin anda. Ini akan mengurangkan jumlah masa dan perbelanjaan yang diperlukan untuk penyenggaraan enjin.

 

 
       
   

Hakcipta © 2009. Immunolive International. Hakcipta Terpelihara.
Polisi Privasi. Terma Penggunaan.