ENG     BM     中文
                 

         

       

CF1- 5000 Power Fuel Addictive

     

           
     

     
                 
                       
 

CF1-5000 Engine Protector Additive telah diuji dan dikenali oleh para jurutera dan ahli kimia sebagai "Formula Ajaib". Ia merupakan produk yang terlaris dijual di Amerika Syarikat dan Eropah. Ia mengandungi formula pelinciran untuk melincirkan permukaan yang tidak rata akibat dari proses geseran antara logam dalam engin, di samping mengelakkan gentaran kuat dari enjin, Ia juga mampu merendahkan suhu pengendalian enjin serta menlanjutkan usia enjin.

CF1-5000 sesuai digunakan oleh jenis kenderaan seperti dibawah:

  • Kenderaan berperjalanan jauh
  • Truk
  • Kenderaan yang mengalami masalah kerosakkan enjin
  • Enjin yang berkuasa tinggi
  • Kereta lumba
  • Kereta berpecutan tinggi
  • Traktor
  • Generator
  • Enjin kapal
  • Alat-alat perkilangan dan gergaji eletrik
  • Golf buggy
  • Motosikal

Rawatan Ajaib Untuk Enjin
Pelincir biasa walaupun secara relatifnya tidak mahal,tetapi seringkali gagal menunjukkan keupayaan manfaat pelincir dengan sepenuhnya disebabkan bahan tambahan yang tinggi boleh menjejaskan fungsi pelincir dan mengakibatkan kerosakan enjin, pembaziran pelincir dan asap hitam berlebihan. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan meningkatkan daya pelinciran atau bahan tambahan tekanan ekstrem, minyak pelincir biasa juga mengabaikan fungsi seperti antipengkakisan, kepekaan terhadap suhu dan pencemaran alam sekitar.

Rawatan Tambah Kuasa Enjin CF1-5000 dihasilkan dengan pengetahuan teknologi terkini menyediakan peningkatan dramatik terhadap jangka hayat dan prestasi kereta anda. Ia telah melalui ujian komprehensif di makmal yang pakar dalam bahan api petroleum dan produk pelinciran.

Banyak ujian dijalankan membuktikan kehebatan
Rawatan Kuasa Enjin CF1-5000 dari segi perlindungan enjin anda. Ia mengandungi pekatan dan pelbagai bahan kimia yang membolehkannya bertindak sebagai perawatan enjin perawatan enjin pelbagai fungsi sepenuhnya, bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat enjin.

Rawatan Kuasa Enjin CF1-5000 boleh mengurangkan geseran antara permukaan yang bergerak dan mengurangkan kakisan. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan enjin yang dihidupkan dalam keadaan sejuk, menyediakan perlindungan pelinciran dan memberikan prestasi enjin yang lebih lancar. Pendek kata, Rawatan Kuasa Enjin CF1-5000 memanjangkan jangka hayat enjin, mengurangkan kos penjagaan dan membaik pulih serta meningkatkan prestasi kereta.

 

 
  Kebaikan CF1-5000 Engine Protector Additive  
 

 

Soal Jawab CF1-5000 Engine Protector Additive

 

1. Adakah saya akan melihat perbezaan serta merta selepas menambah Rawatan Tambah Kuasa Enjin CF1 5000 ?

Selepas menambahkan Rawatan Kuasa Enjin CF1 5000, anda pasti akan terasa bahawa kadar bunyi bising berkurangan.Anda juga akan merasa bahawa enjin bergerak lebih lancar selepas dipandu selama 10 minit apabila rawatan mula beredar ke serata bahagian enjin.

 

2. Mengapa saya memerlukan Rawatan CF1-5000 walaupun kerap menukar minyak enjin?

Apabila enjin berhenti bergerak pelincir akan mendak ke dasar dan tidak lagi berada pada permukaan enjin. Akibatnya 75% kerosakan enjin berlaku ketika ia dihidupkan. Selepas satu tempoh masa tertentu, kerosakan enjin berterusan akan menjejaskan operasinya. Rawatan CF1-5000 mempunyai daya ketahanan affiniti yang tinggi dan pengekalan kuasa untuk menyediakan pelinciran bagi mencegah kerosakan enjin yang dihidupkan dalam keadaan sejuk. Anda adalah amat disyorkan untuk menggunakan Rawatan CF1-5000 sekarang kerana ia membantu mengurangkan kos penjagaan dan memanjangkan hayat enjin anda untuk jangka lama.

3. Bagaimana Rawatan CF1-5000 bekerja?

Rawatan CF1-5000 mengandungi Flurokarbon Resin yang melekat pada bahagian enjin yang melicin. Pelapik paling licin dan tahan lama ini mengurangkan geseran sehingga ke tahap minimum, secara tidak langsung meningkatkan kadar perubatan dan memanjangkan jangka hayat enjin.

4. Mengapakah Rawatan CF1-5000 didatangkan dalam botol yang jauh lebih kecil berbanding pelincir yang lain?

Rawatan CF1-5000 mengandungi 100% bahan aktif dan amat pekat, tidak seperti pelincir lain yang mengandungi jumlah isian yang banyak.

 

5. Bolehkah saya menukar menggunakan Rawatan CF1-5000 jika sebelum ini saya menggunakan rawatan enjin lain?

Anda disyorkan menambah Rawatan CF1-5000 hanya ketika anda menukar minyak enjin ketika menjalankan servis penjagaan enjin kerana ini akan mengelakkan bahan khas di dalam CF1-5000 dicairkan oleh minyak Rawatan CF1-5000 tidak menggunakan sebarang isian, berikutan itu ia boleh ditambah kepada minyak enjin biasa atau minyak enjin sintetik.

 

6. Adakah perlu untuk menggunakan Rawatan CF1 5000 dalam tempoh jangka panjang?

Anda adalah amat disyorkan untuk terus menggunakan Rawatan CF1-5000 jika mahukan enjin kereta anda mempunyai pelindungan tambahan dan menikmati kos penjagaan yang lebih rendah.

 

 
       
   

Hakcipta © 2009. Immunolive International. Hakcipta Terpelihara.
Polisi Privasi. Terma Penggunaan.