ENG     BM     中文
 
 
 

 

   
 
   
 

“Segala impian kita boleh menjadi kenyataan – jika kita berani berusaha mencapainya.” – Walt Disney

 
  Badan yang tidak sihat tidak semestinya terjadi kian usia kita meningkat. Begitu juga dengan kesulitan kewangan – ia bukanlah suatu masalah yang perlu kita alami. Malangnya, perit pergelutan kewangan seharian kita menukar impian waktu muda menjadi mimpi buruk di waktu dewasa. Setiap individu mempunyai matlamat dan impian tersendiri, dan tiada sesiapa pun membesar dengan harapan untuk terikat dengan beban hutang. Dalam bukunya, ‘Being Happy’, Andrew Matthews menyatakan dengan tepat sekali: “Tuhan mahu agar anda menderma kepada yang miskin, bukan agar anda turut sama menjadi miskin.”
 

Dengan pengalaman sebagai pengedar industri jualan terus sebelum ini, pihak pengurusan IMI mahu agar peluang perniagaan kami menumpukan perhatian terhadap berbagai perkara positif yang boleh dicapai oleh setiap Wakil Bebas kami dengan wang tambahan yang boleh mereka perolehi untuk diri mereka dan keluarga mereka. Bukan sekadar membayar bill serta kad kredit, malahan mampu untuk pergi bercuti, membeli rumah dan kenderaan, membayar yuran pengajian tinggi anak-anak, dan menikmati hidup yang gembira serta merancang keperluan kewangan hari tua mereka tanpa rasa gusar. Dengan adanya peluang menjana pendapatan sendiri, wakil-wakil kami akhirnya akan berupaya mencapai impian mereka. Kami mahu agar segala impian yang tertanam di dalam hati mereka pada usia yang muda kembali menjadi kenyataan menerusi Peluang IMI.

 

Peluang IMI terbuka kepada semua. Seperti produk kami, kami ingin membangunkan sebuah peluang “unggul” yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai keinginan yang mendalam, komitmen serta disiplin yang tinggi. Kejayaan syarikat saling berkait rapat dengan kejayaan Wakil Bebas kami, dan program pulangan kami benar-benar mencerminkan falsafah tersebut.

 
 

Kelebihan IMI: Kita sendiri adalah saingan!

 
 
  • Kualiti produk yang unggul bagi mendorong peluang
  • Diskaun serta harga borong yang amat kompetitif
  • Komisen jualan yang hebat boleh didapati dengan pembelian
  • Bayaran bonus lebih tinggi dari biasa
  • Syarat-syarat berpatutan bagi kelayakan menerima dan mengekalkan bayaran bonus
  • Pelbagai kaedah serta insentif bagi menggalak dan memberi ganjaran atas prestasi
 
 

Kami juga mahu agar peluang ini mendatangkan keseronokan! Memang telah diakui bahawa seseorang individu lazimnya lebih cenderung untuk berkerja lebih kuat bagi mendapatkan pengiktirafan, berbanding dengan ganjaran kewangan semata-mata, dan matlamat syarikat kami adalah untuk menggabungkan pengiktirafan dengan ganjaran kewangan. Yang penting, kami ingin menjadikan penglibatan wakil-wakil di dalam syarikat kami suatu pengalaman yang membina talian yang kukuh, serta jalinan persahabatan yang melewati ganjaran kewangan serta pengiktirafan atas kejayaan mereka. Kami bukanlah sebuah syarikat yang hanya bercakap kosong atau sekadar menabur impian yang tidak berhasil. Matlamat kami adalah untuk memberi anda sebuah asas yang kukuh.

 
 

SERTAI SEKARANG

 
 

IMI adalah sebuah syarikat yang fleksibel dan kreatif. Kami memahami yang pengguna menghargai pilihan pelbagai produk bagi menentukan yang mana paling sesuai dengan cara hidup, jadual harian dan matlamat mereka. Berdasarkan kajian kami keatas pilihan pengguna, kami menawarkan dua cara istimewa untuk mendapatkan produk IMI terus dari syarikat kami – dengan menyertai kami sebagai Pelanggan Khas atau sebagai seorang Wakil Bebas.

 
 

Pelanggan Khas

 

IMI adalah sebuah syarikat yang mesra-pelanggan dan didorong oleh produk yang hebat. Kami sedar terdapat pelanggan yang benar-benar menyukai produk kami, tetapi tidak mempunyai keluangan atau motivasi untuk mengedar produk ini. Namun demikian, mereka tetap menghargai kemudahan membeli produk terus daripada syarikat untuk kegunaan mereka seharian. Kami juga sedar ada di antara mereka yang akan mendaftar sebagai Wakil Bebas semata-mata untuk mendapatkan diskaun yang diberikan kepada para pengedar, walaupun mereka hanya berminat untuk menggunakan produk ini sendiri dan bukan untuk mengedarnya. Kami juga tahu terdapat ramai pelanggan yang amat cermat berbelanja dan lebih suka membeli produk dalam kuantiti yang besar bagi menikmati diskaun yang diberikan atas pembelian ini. Atas sebab-sebab tersebut, pelanggan kami boleh mendaftar sebagai Pelanggan Khas.

 
 

Peluang Perniagaan Wakil Bebas

 

IMI adalah sebuah syarikat yang didorong oleh produk yang hebat, dan pada masa yang sama, kami juga menawarkan peluang untuk turut serta berkongsi pembangunan syarikat kami dengan cara mendaftar sebagai Wakil Bebas dan membangunkan perniagaan E-Dagang anda sendiri. Kami sedar cara terbaik untuk menggalakkan pembelian berulang adalah dengan menawarkan produk bermutu tinggi sahaja, yang diingini dan diperlukan pengguna. Kami juga faham bahawa pengguna hanya akan menempah sesuatu produk sekiranya ia mudah untuk ditempah dan ditawarkan pada harga yang kompetitif. Akhirnya, kami faham bahawa pengguna lebih cenderung untuk mengedar produk sekiranya kos permulaan adalah rendah dan mereka diberi ganjaran pulangan yang tinggi, segera, dan konsisten di atas usaha awal mereka. Atas sebab-sebab tersebut, kami menjemput anda untuk menyertai syarikat kami dan berkongsi sama peluang yang unik dan menguntungkan sebagai Wakil Bebas IMI.

 
 
 
 

Hakcipta © 2009. Immunolive International. Hakcipta Terpelihara.
Polisi Privasi. Terma Penggunaan.