ENG     BM     中文

 

 
 
 

 

 
 
 
 

 

Konsep kami adalah berdasarkan penilaian dan penetapan matlamat hidup secara ekstensif. Bagi mencapai destinasi atau kesudahan yang diimpikan, kita perlu tahu di mana kedudukan kita sekarang, dan ke mana hala tuju kita seterusnya.

Matlamat hidup kita mesti termaktub, jelas tertakrif dan tepat. Umpama sebuah peta yang menandakan hala tuju perjalanan kita dengan jelas, dari titik A ke titik B, termasuklah kesemua tempat persinggahan kita di sepanjang perjalanan tersebut.

 

   
 

Sejak mula lagi, syarikat kami memberi penekanan terhadap produk berkualiti tinggi; suatu standard yang kami dukung hingga masa akan datang. Hasil dari penekanan ini, kami telah memilih saluran E-Dagang + Pemasaran Rangkaian (E-Commerce + Network Marketing) sebagai kaedah pengedaran produk kami. Ini adalah kerana kami yakin bahawa cara terbaik untuk mendidik pengguna mengenai kepentingan penggunaan produk premium, yang disokong oleh sains dan diuji dari segi kualiti dan keselamatan, adalah menerusi Wakil-Wakil Bebas syarikat kami.  Perniagaan serta layanan mesra Wakil-wakil kamilah yang akan meneraju kemajuan IMMUNOLIVE INTERNATIONAL SDN. BHD. menuju ke dunia baru Pemasaraan Rangkaian E-Dagang.
   
Misi dan Visi
Misi IMI ialah untuk menawarkan bahan makanan tambahan rumusan semulajadi, formula homeopati, makanan fungsian, serta produk penjagaan badan yang semulajadi bagi mempertingkatkan dan menguruskan kesihatan.    

 
Visi kami adalah untuk memperbaiki kualiti hidup melalui komitmen kami dalam membangunkan dan memasarkan produk penjagaan kesihatan yang unggul, serta perkhidmatan yang disokong oleh teknologi terkini, khidmat pelanggan yang sempurna dan pulangan yang menggalakkan.

   
       
 

Hakcipta © 2009. Immunolive International. Hakcipta Terpelihara.
Polisi Privasi. Terma Penggunaan.