ENG     BM     中文

 

 
 

 

 

Sejak mula lagi, syarikat kami memberi penekanan terhadap produk berkualiti tinggi; suatu standard yang kami dukung hingga masa akan datang. Hasil dari penekanan ini, kami telah memilih saluran E-Dagang + Pemasaran Rangkaian (E-Commerce + Network Marketing) sebagai kaedah pengedaran produk kami. Ini adalah kerana kami yakin bahawa cara terbaik untuk mendidik pengguna mengenai kepentingan penggunaan produk premium, yang disokong oleh sains dan diuji dari segi kualiti dan keselamatan, adalah menerusi Wakil-Wakil Bebas syarikat kami.

 

 

Perniagaan serta layanan mesra Wakil-wakil kamilah yang akan meneraju kemajuan IMMUNOLIVE INTERNATIONAL SDN. BHD. menuju ke dunia baru Pemasaraan Rangkaian E-Dagang.

 
Misi dan Visi

Misi IMI ialah untuk menawarkan bahan makanan tambahan rumusan semulajadi, formula homeopati, makanan fungsian, serta produk penjagaan badan yang semulajadi bagi mempertingkatkan dan menguruskan kesihatan.

 
 

Visi kami adalah untuk memperbaiki kualiti hidup melalui komitmen kami dalam membangunkan dan memasarkan produk penjagaan kesihatan yang unggul, serta perkhidmatan yang disokong oleh teknologi terkini, khidmat pelanggan yang sempurna dan pulangan yang menggalakkan.

 

Konsep kami adalah berdasarkan penilaian serta penetapan matlamat hidup yang ekstensif. Bagi mencapai destinasi atau kesudahan yang kita impikan, kita perlu tahu di mana kedudukan kita sekarang dan ke mana hala tuju kita seterusnya.

 
 

Matlamat hidup kami mesti termaktub, jelas tertakrif dan tepat. Bagai sebuah peta yang mana hala tuju perjalanan kita jelas tertanda, dari titik A ke titik B, termasuk semua tempat persinggahan kita di sepanjang perjalanan tersebut.

 

Hakcipta © 2009. Immunolive International. Hakcipta Terpelihara.
Polisi Privasi. Terma Penggunaan.